Grant Imahara
Grant Imahara

Grant Imahara

Grant Masaru Imahara (bahasa Jepun: 今原 真申, Romaji: Imahara Masaru, 23 Oktober 1970 – 13 Julai 2020) ialah seorang jurutera elektrik, ahli robotik dan pengacara televisyen Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi rancangan televisyen Discovery Channel, MythBusters, di mana beliau merekabentuk dan membina pelbagai jenis robot dan memiliki kepakaran dalam mengendalikan komputer dan elektronik untuk menguji mitos. Sebelum memulakan kerjayanya di televisyen, Imahara bekerja di Lucasfilm menerusi pembahagian THX sebagai jurutera dan di pembahagian Industrial Light and Magic dalam kesan visual. Imahara juga muncul dalam rancangan televisyen BattleBots, di mana beliau mereka dan bersaing dengan robotnya Deadblow dan kemudian kembali sebagai juri. Imahara muncul dalam siri Netflix 2016, White Rabbit Project bersama rakan sekerjanya dalam MythBusters Kari Byron dan Tory Belleci.[1]

Grant Imahara

Pekerjaan
  • jurutera elektrik
  • ahli robotik
  • pengacara televisysn
Meninggal dunia 13 Julai 2020(2020-07-13) (umur 49)
Los Angeles, California, A.S.
Sebab kematian Aneurisme otak
Kelahiran Grant Masaru Imahara
(1970-10-23)23 Oktober 1970
Los Angeles, California, A.S.
Pusat pendidikan Universiti California Selatan